`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 23, 2022

MAK DATO !! GAJI CHAIRMAN RM480,000 !! "Kami diberitahu agenda ini akan diluluskan kerana Felda sebagai pemegang saham utama sudah bersetuju."

 Tuan-Tuan saya telah menerima mesej berikut menerusi Whatsapp:




Di iringi mesej berikut:

Khamis 23 Jun (2022) ada Mesyuarat Agung FGV, syarikat gergasi minyak sawit yang dimiliki 80% oleh Felda.

Apa agenda mesyuarat ini? Adalah untuk mengenalpasti bagaimana hendak membantu peneroka?

Lihat notis mesyuarat. Agenda 2 hingga 6 hanya untuk penuhkan poket Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah iaitu

1. Elaun tahunan Pengerusi iaitu Dato Zul---li W--ab yang juga Ketua Pengarah Felda dinaikkan dari RM300,000 kepada RM480,000. Kenaikkan RM180,000!

2. Elaun kereta beliau sebanyak RM18,000 sebulan akan di ganti dengan kereta (minimum 2000cc) bersama perbelanjaan tahunan RM180,000. Wow!

Pengerusi jugak ada bodyguard. Elaun club, dan segala t-k nen-k punya elaun

3. Elaun Pengarah juga akan dinaikkan dari RM120,000 kepada RM150, 000

Apa ini? Tak malu kah wahai ahli Lembaga Pengarah Felda yang dipengerusikan oleh Idris Jusoh bekas MB Trengganu. Kenapa MOF and PM biarkan? 

Kami diberitahu agenda ini akan diluluskan kerana Felda sebagai pemegang saham utama sudah bersetuju.

Apa rakyat dapat? RM100 sahaja (ikut PM Ismail Sabri), itu pun kepada golongan B40. Yang lain, boleh pi mampus.

Melayu Kaya makin Kaya, majoriti Melayu lagi miskin.

 

Komen oleh OSTB: 

Tuan-Tuan bagi saya dia nak ambil gaji RM300,000 kah, RM480,000 ke setahun saya tak peduli - kalaulah duit itu duit bapak dia.

Kalau dia nak bayar gaji dengan guna duit bapak dia sendiri itu depa punya pasal.

Tetapi apakah duit RM300,000 atau RM480,000 atau RM120,000 itu duit bapak depa?

Tidak-kah hasil titik peluh dan usaha yang boleh patah tulang belakang peneroka terlibat dalam menyediakan duit beratus ribu yang sangat lumayan ini?

Tuan-Tuan apakah purata pendapatan setiap peneroka Felda? Apakah purata pendapatan setiap keluarga Felda katakan enam kepala dalam setiap keluarga?

Beratus? Beribu? Berpuluh ribu? 

Siapa bekerja dengan usaha boleh mematahkan tulang belakang untuk  menyediakan begitu banyak sumber kewangan? 

Peneroka tak ada peluang duduk relak dalam bilik aircon pun.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.