`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 5, 2022

Pak Lebai Kelantan Main Tai Chi Dah.

 



https://www.kosmo.com.my/2022/06/04/banyak-kes-rogol-jangan-hanya-salahkan-kerajaan-negeri-tmb-kelantan/

  • KOTA BHARU – kes rogol, tidak seharusnya salahkan kerajaan Kelantan 
  • Timbalan MB Kelantan tidak nafikan kes yang dilaporkan media
  • tidak wajar salahkan kerajaan negeri yang dikenali Serambi Mekah.
  • Tidak semestinya negeri lain tiada kes ini 
  • tidak boleh salahkan ibu bapa, sebaliknya sikap anak mereka jadi kes tersebut
  • Kelantan mempunyai dasar Membangun Bersama Islam 
  • KOSMO! ONLINE

My Comments : 

Pula !  Dia kata salah anak-anak pula ! 

Hoi, macam mana pula kes ayah rogol anak kandung? Atau kes guru agama cabul anak murid? Atau kes ostad liwat kanak-kanak di madrasah? Semua ini kerap berlaku di Kelantan. 

Takkan nak salahkan anak kandung, anak murid dan anak duduk madrasah?

Jadi apa gunanya dasar Membangun Bersama Islam selama 32 tahun bila kes rogol dan sumbang mahram makin menjadi?

Dan cuba jelaskan macam mana pula kes rogol dan sumbang mahram jarang berlaku di kalangan bukan Islam? 

Ya lah saya tahu bukan Islam tak ramai di Kelantan tapi kau bandingkan kes rogol dan sumbang mahram bagi setiap 1000 Islam dengan 1000 bukan islam.  Jauh batang celak dari botol celak. 

Tidak semestinya negeri lain tiada kes ini ??

Huh?? Maksudnya kalau negeri lain merogol dan meliwat, Kelantan pun boleh merogol dan meliwat ke?  Banyak cantik lojik menuduh negeri lain.

Negeri lain tidak berkokok pasal 'Membangun Bersama Islam' lah, 'Pimpinan Lebai' lah, hudud-dud lah, RUU345 lah dan entah apa lagi. Kalau tambah satu angka lagi boleh jadi empat nombor ekor.

Pelik lagi ialah bukan saja negeri lain tidak mempunyai kes seks yang begitu banyak tetapi jarang kita dengar kes seks pelik-pelik.

Ustaz sekolah agama Kelantan dicekup liwat pelajar sendiri
18 May 2022 — Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dan merupakan warden asrama ditahan di sekolah tersebut

Ustaz Sekolah Menengah Agama Didakwa Rogol Dan Liwat ...
13 Aug 2020 — Ustaz Sekolah Menengah Agama Didakwa Rogol Danmenjadi mangsa  Liwat Pelajar 14 Tahun Di Tumpat, Kelantan

Kalau rogol dan liwat itu perangai binatang rupanya negeri tanpa pimpinan lebai, tanpa RUU entah apa lebih terselamat daripada menjadi mangsa ustaz perangai binatang. 

Dan sila jawab isu orang bukan Islam. Sepertimana saya sebut semalam macam mana pula anak gadis Cina yang biasa pakai skirt pendek, seluar pendek, baju ringkas  jarang dirogol atau dicabul oleh lelaki sebangsa mereka atau guru sebangsa dan seagama mereka?

Rupanya anak gadis bukan Islam di Kelantan lebih selamat daripada di rogol oleh bapa kandung, guru dan sami-sami agama mereka.

Pelik tapi benar. Atau benar tetapi bukan pelik?

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.