`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, June 21, 2022

Pindaan Akta DBP 1959, denda maksimum RM50,000, penjara jika tak hormat bahasa kebangsaan

 

Pengerusi Jemaah Pengelola DBP, Awang Sariyan berkata, kedua-dua hukuman itu dicadangkan untuk pindaan Akta DBP 1959 yang kini dalam fasa akhir perbincangan sebelum dibentang kepada perdana menteri bulan depan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Individu yang didapati tidak menghormati bahasa kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Pengerusi Jemaah Pengelola DBP, Awang Sariyan berkata, kedua-dua hukuman adalah antara yang dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan sebelum dijangka dibentang kepada perdana menteri bulan depan.

“Ia bukan soal salah tatabahasa atau ejaan tetapi tidak hormati bahasa kebangsaan. Usul denda ini bukan untuk menghukum, ia dicadang untuk membangkitkan kecintaan dan patriotisme kepada negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-66 DBP.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan akan meminda akta itu bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Awang berkata, DBP turut mencadangkan agar Akta Bahasa Kebangsaan di bawah selian pejabat perdana menteri dipinda seiringan pindaan Akta DBP agar pihaknya dapat menjalankan tugas sebagai penguatkuasa bahasa dengan lebih berkesan.

“Bukan sahaja Akta DBP perlu dipinda tetapi pindaan Akta Bahasa Kerajaan juga perlu dilakukan kerana itu induknya. Kalau akta itu diperluas, bolehlah kerajaan meminta DBP melaksanakan dasar bahasa secara lebih jelas,” katanya.

Mengenai pindaan itu, beliau berkata, ia harus dilaksana secara holistik bukan sekadar bidang kuasa penguatkuasaan tetapi juga harus melihat aspek perantarabangsaan, pentauliahan dan pelesenan bahasa sastera. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.