`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 24, 2022

Sistem Pendidikan Malaysia Yang Rosak : Ramai Lagi Guru Mula Persoalkan Dan Bantah Dasar Pendidikan Cap Ayam

 Beberapa hari sudah saya ceritakan kes guru sekolah yang sudah fed up di kawasan Putrajaya yang mendedahkan bahawa guru sekolah dipaksa beri markah lulus kepada anak murid walaupun mereka tidak tahu membaca dan menulis. Little Napoleon atau pegawai atasan di sekolah dan jabatan pendidikan tidak mahu pencapaian KPI mereka terjejas.  Maka anak murid yang tak tahu baca pun diberi markah lulus.

 
Hari ini pula jadi viral video seorang lagi guru Cikgu Fadzli  yang membocorkan sebab-musabab anak-anak kita tak boleh mahir dalam Matematik. Sila dengar aduan Cikgu Fadli dulu :



 

Jadi Tuan-Tuan di negeri China mereka mengajar 20 waktu Matematik dalam seminggu.

Di Singapura mereka mengajar 15 waktu Matematik.

Dalam negara kita pula (di mana dasar Kerajaan lebih membodohkan daripada memperpandaikan anak-anak kita) anak-anak sekolah darjah 1 - 6 (umur 7 - 12 tahun) hanya di ajar LIMA (5) waktu Matematik dalam seminggu.

Tetapi Tuan-Tuan, saiz buku Matematik dan berat beg sekolah kita adalah lebih besar dan lebih berat daripada saiz buku dan berat beg skolah Singapura dan China.

Jadi bahan pengajian Matematik tahun 1 - 6 adalah sama banyak tetapi anak-anak kita hanya mempunyai 5 waktu pengajian seminggu.

Di negeri China mereka di ajar Matematik sebanyak 20 waktu seminggu.

Di Singapura mereka di ajar Matematik 15 waktu sminggu.

Ini bermaksud anak-anak kita dipaksa belajar dan hafal buku Matematik pada kelajuan EMPAT KALI ganda daripada anak-anak sekolah negeri China.

Ikut seorang professor auta tempatan, DNA Melayu adalah yang tertua di dunia ia itu lebih 65,000 tahun. Tetapi DNA yang tertua di dunia pun tidak berkemampuan belajar Matematik pada kelajuan EMPAT KALI ganda orang lain.

Soalan  besarnya begini. 

Sekolah di negeri China mengajar 20 waktu Matematik seminggu. 

Sekolah kebangsaan Malaysia mengajar 5 waktu Matematik sahaja seminggu.

Jadi apakah yang diajar kepada anak-anak kita untuk baki 15 waktu pelajaran seminggu itu?

Jawapannya ialah matapelajaan agama.

Saya diberi faham Menteri Jidin baru telah menambahkan satu lagi waktu pelajaran agama seminggu bagi anak-anak kita di sekolah - menjadi SEMBILAN WAKTU agama seminggu.

Rupanya anak- anak kita boleh layak menjadi ostad, imam, bilal, siak dan tukang mandi jenazah. 

Kalau perlukan kain kapan boleh impot kain putih 'Made In China'.

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.