`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 16, 2022

Kanak-kanak ditemukan mati dengan kesan jerut bukan mangsa dera

 

Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui mati dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, Johor. (Gambar Bernama)

BATU PAHAT: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini, Khamis lepas didapati bukan mangsa penderaan.

Ketua Polis Batu Pahat Ismail Dollah berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai kecederaan lampau pada badannya.

“Tiada tanda-tanda mangsa mengalami penderaan kerana tidak mempunyai kesan kecederaan lampau di tubuh badannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat dijerut di lehernya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Katanya, kes berkenaan masih dalam siasatan.

Semalam, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata polis menerima maklumat awam mengenai kejadian itu pada 4.55 petang Khamis sebelum menahan ibu mangsa berusia 34 tahun bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.