`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 10, 2022

Kanak-kanak OKU hilang dipercayai lemas, ditemukan selamat

 

Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak OKU yang dilaporkan hilang di Kampung Jawa Lanut, Tawau, hari ini. (Gambar bomba)

PETALING JAYA: Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai lemas ditemukan dalam keadaan selamat di Kampung Jawa Lanut, Tawau, hari ini.

Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin, 7, ditemukan di kawasan hutan kira-kira 100m dari rumahnya, pada 7.16 malam tadi.

Ketua Bomba Tawau Julius John Stephen, berkata hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berjaya menemui mangsa di kawasan hutan.

“Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira 12 tengah hari tadi dan dikhuatiri lemas di sungai berhampiran.

“Operasi SAR dilakukan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba dan ketika pencarian dilakukan, mangsa akhirnya berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi rumahnya,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.52 malam selepas semuanya dalam keadaan selamat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.