`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 21, 2022

Lelaki maut dibaham buaya

 

Menurut bomba, pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan buaya di muka mangsa. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemuda ditemukan maut dibaham buaya awal pagi tadi selepas dilaporkan hilang ketika memancing di Kampung Seberang Meludam, Saratok, Kuching, kelmarin.

Mayat mangsa, Abang Mohd Norazat Abang Salim, 27, ditemui terapung oleh bapanya sendiri bersama tiga lagi penduduk kira-kira pukul 2 pagi berdekatan loji air Meludam di kawasan hulu sungai yang terletak sejauh 2.1 kilometer daripada Pusat Kawalan Bomba (PKB).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pemeriksaan mendapati terdapat kesan gigitan buaya di muka mangsa.

“Mayat mangsa juga dalam keadaan tidak sempurna apabila kedua-dua kaki serta tangannya hilang. Ia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya, menurut Berita Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sebelum itu, mangsa dikatakan keluar memancing di tebing sungai kira-kira jam 3 petang namun tidak pulang ke rumah hingga malam, menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.

Polis kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok pada jam 7.25 pagi semalam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan menumpukan pencarian di sepanjang Sungai Meludam.

Pasukan itu hanya menemui kasut serta peralatan memancing serta kasut milik mangsa di tepi sungai dan seekor buaya bersaiz besar turut dilihat berdekatan lokasi itu.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) turut dimaklumkan berhubung penemuan buaya itu kerana dikhuatiri mengancam keselamatan pasukan SAR. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.