PETALING JAYA: Seorang lelaki yang video perbuatannya tular mempersenda laungan azan tampil memohon maaf secara terbuka.
Dalam video tular berdurasi 12 saat dalam aplikasi TikTok, lelaki berkenaan dilihat menadah tangan menyerupai cara berdoa dilakukan penganut Islam dan mula ‘menjerit’, ketika mendengar laungan azan dalam kenderaan yang sedang bergerak.
Dalam perkongsian di Facebook, pengguna Azryl Hanz, menyatakan kekecewaannya selepas ada pula pihak mempersenda laungan azan selepas persembahan menghina Islam dibuat seorang komediri wanita, di sebuah kelab komedi, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Paparan video dikongsikannya, menunjukkan seorang lelaki bertopi datang menemui lelaki terbabit dan meminta dia memohon maaf secara terbuka.
“Lain kali jangan libatkan agama, kita tak libat ‘you’ punya agama.
“Sekarang kita mahu ambil you punya video you minta maaf,” kata lelaki itu.
Lelaki yang dikatakan mempersenda laungan azan itu dilihat memahami saranan ditujukan dan mengangguk tanda bersetuju untuk melakukan permohonan maaf. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.