`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 15, 2022

Pengarah didenda RM2.25 juta, penjara kerana gagal hadir siasatan

 

Amirruddin Nin disabitkan tiga kesalahan mengikut Seksyen 32(8)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mensabitkan kesalahan terhadap seorang pengarah syarikat bagi tiga kesalahan mengikut Seksyen 32(8)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Dalam kenyataan hari ini, SC berkata, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah mengenakan hukuman denda sebanyak RM100,000 dan penjara sehari bagi setiap tiga pertuduhan itu ke atas Pengarah CTB Solutions Sdn Bhd, Amirruddin Nin.

“Kesalahan itu yang dilakukan antara 15 Jun 2017 dan 18 Feb 2020, adalah berhubung dengan kegagalan Amirruddin untuk hadir di hadapan pegawai penyiasat SC bagi pemeriksaan berkaitan siasatan pengubahan wang haram,” katanya.

Menurut SC, hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun juga mendapati Amirruddin, 52, bersalah kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan SC untuk hadir bagi pemeriksaan iaitu selama 979 hari.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Mahkamah telah memerintahkan Amirruddin membayar denda harian sebanyak RM2,000 dengan jumlah sebanyak RM1,958,000.

Jumlah denda keseluruhan terhadapnya berikutan sabitan itu adalah sebanyak RM2,258,000.

“SC ingin mengingatkan orang ramai bahawa kegagalan untuk mematuhi notis bertulis yang dikeluarkan oleh pegawai penyiasat SC adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah undang-undang sekuriti kerana ini akan menghalang suruhanjaya melaksanakan fungsi penyiasatan dan penguatkuasaannya yang amat penting dalam mengekalkan integriti pasaran modal,” kata SC.

CTB Solutions merupakan syarikat penyedia penyelesaian pengurusan armada Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) bersepadu yang fleksibel untuk pelbagai industri. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.