`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 10, 2022

Pas Ditipu Bersatu, Tak Tahu Ada Perjanjian Sulit Muhyiddin-Ismail Sabri – Nur Jazlan

 

(Utusan Digital) – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa hubungan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) semakin goyah dan tidak utuh seperti yang diuar-uarkan mereka.

Situasi itu ekoran kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengakui tidak maklum tentang perjanjian antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan seorang pemimpin kanan UMNO.

“Saya bersimpati dengan nasib Pas yang ternyata ‘terciduk’ dengan permainan licik pasangannya dalam PN, iaitu Bersatu yang membuat perjanjian politik dengan Perdana Menteri tanpa pengetahuan mereka.

“Kenyataan Presiden Pas yang mengakui tidak tahu adanya perjanjian antara Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan betapa naifnya dia dalam permainan politik Presiden Bersatu itu.

“Dalam ketika Pas cukup yakin kerjasama mereka dengan Bersatu dalam PN mampu menggugat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ‘tup-tup’ Pas dipermain Bersatu.

“Kalaulah betul perjanjian politik itu wujud, maknanya Pas akan kempunan lagi untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam kerajaan. Lepas ini Abdul Hadi dan Pas akan kekal menjadi balaci kepada Muhyiddin dan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambah Nur Jazlan, kejadian yang berlaku itu boleh dianggap sebagai kifarah kepada Pas yang sebelum ini selalu mempermain pasangan politik mereka sepanjang sejarah penubuhan parti berkenaan.

“Semangat 46, DAP dan PKR pernah diperbodoh ketika bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Pas memperguna Semangat 46 untuk rampas Kelantan daripada BN, Pas perkuda PKR dan DAP untuk tawan Selangor dan dapat jawatan Exco dalam kerajaan negeri. Kemudian Pas ambil kesempatan jatuhkan BN dan lantik wakilnya jadi Menteri Besar di Kedah.

“Mungkin Pas sudah tak ingat semua itu. Jadi hari ini saya nak sedarkan puak-puak Pas bahawa mereka juga ada ‘peel’ jahat tersendiri. Itulah saya cakap, Abdul Hadi ini bodoh dan sombong. Jadi bukan suatu yang pelik jika orang bodoh dan sombong mudah sangat diperbodoh,” katanya.

Nur Jazlan turut memberitahu, sebelum ini Pas beria-ia memberi sokongan dan mempertahan Muhyiddin dalam PN dengan sanggup mengkhianati UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), namun akhirnya mereka ditipu oleh Bersatu.

“Ketika Muhyiddin jadi Perdana Menteri, beliau beri beberapa kerusi menteri dan Duta Khas kepada Abdul Hadi dan wakil Pas untuk mereka rasa seronok. Tetapi rupa-rupanya Pas hanya dapat gula-gula getah sedangkan Muhyiddin dan Bersatu dapat makan coklat Cadbury.

“Memang sepadan Bersatu dengan Pas. Yang satu pengkhianat dan yang lagi satu penipu. Muhyiddin khianati UMNO dan Abdul Hadi tipu UMNO. Selepas itu Muhyiddin berlaku curang dengan Abdul Hadi, jadi eloklah mereka berdua jadi pasangan, pasangan tunggang terbalik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.