`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, July 15, 2022

Perkeso gantung RM423 juta bayaran PenjanaKerjaya

 

Perkeso meminta majikan yang menyalahgunakan dana PenjanaKerjaya atau mengemukakan permohanan tanpa mengikut syarat ditetapkan supaya membuat bayaran balik secara sukarela atau berhubung dengannya sebelum sebarang tindakan diambil.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggantung bayaran Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) sebanyak RM423 juta, susulan penyelewengan dan tuntutan palsu membabitkan majikan dan penyedia latihan.

Ketua Eksekutif Perkeso, Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tindakan penggantungan bayaran itu dibuat berdasarkan analisis data dan pemantauan berterusan oleh Bahagian AntiFraud, Etika & Integriti (Aefi) agensi itu.

Katanya, siasatan berhubung kes tuntutan palsu PenjanaKerjaya itu dibuat melalui Ops Hire, yang dilaksanakan secara bersepadu bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula Rabu lepas, setelah pemantauan dan risikan sejak Mei mendapati ada majikan mengemukakan tuntutan palsu dan menyeleweng dana PenjanaKerjaya.

“Perkeso amat menekankan nilai integriti, kejujuran dan amanah dalam pengagihan bantuan kewangan kerajaan kerana ia melibatkan dana awam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Perkeso mengingatkan majikan supaya jujur dan dan berintegriti dalam mengemukakan permohonan untuk apa-apa program bantuan kerajaan, termasuk PenjanaKerjaya yang dilaksanakan agensi ini,” katanya dalam kenyataan.

Azman berkata, majikan yang menyalahgunakan dana program itu atau mengemukakan permohonan tanpa mengikut syarat ditetapkan, diminta membuat bayaran balik secara sukarela atau berhubung dengan pihaknya sebelum sebarang tindakan diambil.

“Perkeso memandang serius isu penyelewengan ini kerana bantuan kewangan kerajaan bertujuan meringankan beban pihak yang layak serta benar-benar memerlukan, mengikut syarat dan kaedah ditetapkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Perkeso telah membuat bayaran sebanyak RM1.72 bilion kepada 45,379 majikan bagi menempatkan 327,789 pencari kerja ke dalam pekerjaan melalui PenjanaKerjaya sehingga kini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.