`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 17, 2022

Tiada salah laku dalam projek ladang durian Gunung Inas

 

Muhamad Abdullah berkata siasatan sedang dilakukan bagi memastikan sama ada syarikat terbabit mematuhi jenis tanaman mengikut penilaian impak alam sekitar (EIA) atau bertindak menukar tanaman berkenaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Perhutanan Kedah mengesahkan projek ladang durian di Gunung Inas, Baling tidak melakukan kesalahan berikutan itu telah diluluskan kerajaan negeri sebelum 2019.

Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, hasil rekod pihaknya mendapati, syarikat yang memajukan ladang raja buah itu tidak melakukan sebarang kesalahan setelah kerajaan meluluskannya.

Muhamad menjawab pertanyaan banyak pihak mengenai status projek berkenaan susulan kejadian banjir dan kepala air yang melanda Baling baru-baru ini.

Bagaimanapun, Muhamad menjelaskan, siasatan sedang dilakukan bagi memastikan sama ada syarikat terbabit mematuhi jenis tanaman mengikut kelulusan diberikan di bawah laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) atau bertindak menukar tanaman berkenaan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Namun, projek terbabit mempunyai laporan EIA dan diluluskan kerajaan negeri sebelum dilaksanakan. Tapi saya akan semak dulu, data itu tidak ada di tangan saya sekarang, saya akan periksa dahulu.

“Ia tiada salah laku kerana semua (kelulusan projek) adalah keputusan kerajaan negeri, kena ada kelulusan kerajaan negeri, kalau kerajaan negeri benarkan, tak adalah salah laku,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Sebelum ini penduduk mendakwa, projek ladang durian yang dilaksana di puncak Gunung Inas menjadi punca berlakunya bencana kepala air dan banjir lumpur pada 4 Jun lalu, sehingga menjejaskan kehidupan lebih 800 penduduk dan mengorbankan tiga nyawa.

Dalam perkembangan sama, Muhammad berkata, buat masa ini syarikat terbabit diarah menghentikan sebarang kerja penanaman melalui dua surat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) yang dikeluarkan pada Disember 2020 dan Mac 2021.

Jelasnya, tindakan itu dibuat selepas pihaknya dimaklumkan bahawa Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, mengarahkan semua kerja berkaitan projek itu dihentikan sepenuhnya pada Julai 2020.

Beliau berkata, JPNK juga dalam proses berbincang bersama kerajaan negeri bagi menentukan jenis tanaman yang perlu ditanam di kawasan puncak Gunung Inas yang didapati masih terbuka.

Sementara itu, beliau memaklumkan, laporan lengkap berkaitan kejadian bencana dan siasatan penuh yang dilakukan Jabatan Perhutanan Kedah berkaitan keadaan Gunung Inas akan diserahkan kepada Menteri Besar pada sidang Dewan Undangan Negeri Kedah esok (Isnin). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.