`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, July 10, 2022

‘Yang salah individu, bukan kelab,’ Afdlin bantah DBKL gantung operasi kelab komedi

 

Afdlin Shauki berkata, kelab komedi tersebut selama ini menjadi pentas kecil bagi bakat baharu pelawak solo beraksi.

PETALING JAYA: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendapat bantahan sekeras-kerasnya daripada pelakon, pengarah filem dan pelawak Afdlin Shauki.

Afdlin memberi alasan bahawa masalah itu berpunca daripada individu dan bukannya kelab komedi tersebut.

“Kelab komedi tersebut selama ini menjadi pentas kecil bagi bakat baharu pelawak solo beraksi. Ia hanya membabitkan individu melakukan kontroversi dan tiada kena-mengena dengan tempat itu sebagai platform ketengahkan bakat.

“Saya membangkang sekeras-kerasnya penutupan sementara kelab itu kerana perbuatan seseorang menanggalkan pakaian atas pentas tempoh hari.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“‘Open mic’ dibuka kepada amatur yang ingin mencuba ‘content’ mereka di khalayak ramai. Untuk ‘check content’ kita baik ke tidak bagi ‘stand up’ komedi, kita kena persembahkan komedi kita di depan orang ramai, baru kita tahu mana yang boleh pakai dan tak boleh pakai.

“Sama macam atlet yang kena berlatih sampai bagus. Takkan kita tutup ‘swimming pool’ pasal seorang peserta renang ambil steroid. Itu salah perenang, bukan salah swimming pool! #stendupbukabaju,” katanya di Instagram.

Hari ini, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias berkata, tindakan menggantung sementara operasi kelab itu sebagai mesej jelas bahawa pihaknya dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti melibatkan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

“Isu ini juga turut mendapat kecaman daripada penduduk berhampiran dan netizen di media sosial yang berpendapat bahawa, video tular tersebut jelas dan terang merupakan perbuatan yang bertujuan menghina serta mencemarkan imej agama Islam,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 54 saat yang menunjukkan seorang wanita tampil bertudung dan berbaju kurung dalam satu acara komedi di kelab tersebut.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, sebelum secara tiba-tiba, dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan aurat.

Selepas insiden kontroversi itu berlaku, pihak pengurusan kelab tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta mengeluarkan kenyatan rasmi memaklumkan individu terbabit kini dilarang daripada kembali ke premis itu.

Pada masa sama, wanita yang didakwa menghina Islam itu ditahan polis, hari ini.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan berkata, suspek kini direman tiga hari bermula hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.