`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 25, 2022

Bank perlu tanggung wang pelanggan hilang, kata timbalan menteri

 

Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah menggesa pelanggan teraniaya membuat laporan polis selain kepada bank masing-masing.

PETALING JAYA: Institusi kewangan dan bank perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan, jika ia berpunca akibat kecuaian mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.

Katanya, Bank Negara (BNM) sedang memantau isu kehilangan wang simpanan pelanggan yang kini semakin menjadi tumpuan masyarakat.

Malah, beliau berkata, perkara itu juga sudah beberapa kali dibangkit dan dibahas pada sesi sidang Dewan Rakyat, sebelum ini.

“BNM memang sedang memantau teliti isu ini. Sudah pasti sesiapa sahaja yang merasa mereka dianiaya, mereka boleh laporkan kepada polis, selain bank masing-masing, kerana itu prosedur yang sedia ada digunakan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pada masa sama, kementerian sudah mengarahkan institusi kewangan serta bank untuk melihat semula sekiranya kecuaian itu berlaku disebabkan mereka, maka institusi kewangan serta bank perlu bertanggungjawab,” katanya menurut Berita Harian.

Selasa lalu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman, dilaporkan berkata, pihak bank tidak boleh lepas tangan dan menyalahkan pelanggan semata-mata apabila “scammer” atau penggodam merompak duit pendeposit dalam akaun mereka.

Sebaliknya, pihak bank didesak supaya membayar semula ganti rugi kepada pelanggan apabila berlaku kes kehilangan wang simpanan yang berpunca daripada kelemahan sistem sekuriti perbankan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan dilaporkan berkata, BNM perlu mengkaji semula perihal kebertanggungjawaban bank komersial terhadap isu kehilangan wang pelanggan yang semakin kerap berlaku.

Sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah dilaporkan mendakwa, kehilangan wang simpanannya sebanyak RM13,000 pada 19 Ogos, menerusi tiga transaksi mencurigakan, pada 2 pagi.

Beliau mendakwa, tidak menyedari tiga transaksi tersebut kerana tidak menerima nombor kod kebenaran transaksi (TAC) daripada bank. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.