`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 25, 2022

Polis buru lelaki samun pemegang cip RM4 juta

 

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Tan Cheng San berkata suspek berusia 30-an dipercayai memecah masuk stor sebuah kilang di Bukit Tengah, 5 Julai lalu. (Gambar Facebook)

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai dalang utama kes samun pemegang cip bernilai RM4 juta dari stor sebuah kilang di Bukit Tengah, 5 Julai lalu.

Suspek berusia 30-an dipercayai memecah masuk stor tersebut bersama sekumpulan lelaki sebelum melarikan 16 kotak mengandungi pemegang menggunakan sebuah lori.

Kejadian berlaku 11 malam dan suspek dipercayai mengikat dua pengawal keselamatan yang bertugas sebelum memecah masuk stor tersebut.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata susulan kejadian itu polis menahan tujuh lelaki berusia 24 hingga 60 tahun termasuk dua pengawal keselamatan berkenaan dan seorang pekerja kilang itu dalam beberapa serbuan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, semua mereka bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya, berdasarkan siasatan lelaki yang diburu itu dipercayai melarikan semua pemegang cip tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia dijual untuk pasaran luar negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.