`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 24, 2022

Isu LCS: Ramai cakna, mahu kerajaan ambil tindakan segera

 

Orang ramai rata-rata maklum dan memahami isu kapal tempur pesisir (LCS) dan mengharapkan tindakan segera diambil. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Orang ramai yang ditemu bual rata-rata sedar akan isu melibatkan kapal tempur pesisir (LCS) malah mengikuti perkembangan terkini berkaitannya.

Saiful Idwan, 41, seorang pemandu peribadi berpendapat, tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan bagi memastikan segala wang yang dibelanjakan dijamin akauntabilitinya.

“Banyak kos telah dibelanjakan tapi satu kapal pun tak siap lagi. Banyak duit rakyat telah digunakan.

Saiful Idwan

“Saya amat berharap pihak berwajib ambil tindakan yang sepatutnya. Siasat pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum rakyat buat sesuatu,” jelas Saiful.

Sumanth, 45, pula melihat isu ini sebagai penting kerana melibatkan keselamatan negara, selain banyak dipolitikkan oleh pemimpin negara.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan segera berkaitan isu kapal LCS kerana ianya melibatkan keselamatan Malaysia dan sesiapa yang terlibat perlu bertanggungjawab.

“Sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, isu ini tidak dibangkitkan… apabila pilihan raya sudah hampir barulah isu ini dibangkitkan,” katanya.

Khairul Anuar, 27, pula menyifatkan penting untuk orang ramai sentiasa mengambil maklum berkenaan isu itu, memandangkan banyak wang telah dibelanjakan oleh kerajaan.

Khairul Anuar

“RM6 bilion sudah dibelanjakan, tapi satu kapal pun belum siap lagi. Bagi saya isu ini penting kerana wujudnya ketirisan yang semua orang perlu ambil tahu,” tegas Khairul penuntut universiti awam itu.

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS, yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal diterima setakat ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.