`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, August 21, 2022

Tabung Haji diarah dapatkan maklumat kepulangan wanita dipercayai berpakaian ihram lelaki

 

Seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang ‘lelaki’ merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.

“Dia pergi (Makkah) secara sendiri menggunakan visa pelancong,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi motosikal kongsi rezeki sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini hari ini.

Program yang diadakan di Masjid Putra itu bagi menyambut genap setahun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengemudi negara dan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang ‘lelaki’ merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.