`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 15, 2022

Menteri mahu telco turun harga perkhidmatan

 

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perbincangan dengan syarikat telco bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi sedang berjalan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telco bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telco melakukan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah.

“Saya sedang bincang dengan SKMM dan telco apa yang boleh kita buat untuk kurangkan kos. Ramai anak muda harapkan harga internet dan talian lebih murah, jadi saya minta mereka kaji apa yang kita boleh lakukan sekarang.

“Mungkin dalam minggu yang akan datang saya ada pengumuman khas,” katanya dalam slot program ALFA yang bersiaran di Facebook Nasional FM.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran Che Roslan Che Daud.

Selain itu, menurut Fahmi, beliau juga sedang meneliti langkah terbaik yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengatasi isu capaian rangkaian 4G dan 5G yang dihadapi di sesetengah kawasan di negara ini.

“Kita sedang bercakap tentang 5G, ada negara lain dah mula bincang tentang 6G. Jadi, kita kena ada pergerakan yang lebih cepat dan sebagai menteri saya kena teliti apa yang boleh dilakukan untuk bantu proses itu,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi mengingatkan penghasil kandungan (content creator) di pelbagai platform sosial media supaya menghormati undang-undang negara ini ketika berkarya.

“Ada batas-batasnya. Kita raikan hak untuk bersuara, raikan hak untuk berekspresi tapi kita perlu hormat undang-undang kerana ada di dalam Rukun Negara…keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.