`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 11, 2022

Agong minta perjelas sokongan majoriti elak kekeliruan, kata Anwar

 

Anwar Ibrahim berkata, beliau mendapat sokongan majoriti untuk menjadi perdana menteri ke-10 kerana terdapat Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan mereka kepada pihak lawan pada saat akhir.

PUTRAJAYA: Anwar Ibrahim mendedahkan Yang di-Pertuan Agong semalam meminta beliau menjelaskan sokongan majoriti yang dimilikinya untuk menjadi perdana menteri ke-10 kerana ada pihak yang mempertikaikannya.

Beliau berkata, penjelasan itu juga dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan tidak menyinggung kedudukan Raja-raja Melayu.

“Seperti mana dalam perlumbaan, dia boleh potong ’round’ (pusingan) pertama. Kita potong ’round’ ketiga.

“Tetapi, yang penting garis penamat. Di garisan penamat, saya perolehi jumlah besar kerana orang beri pengakuan sebelumnya telah menarik balik sebelum tempoh 2 petang,” katanya dalam Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di sini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

-FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.