`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 17, 2022

Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan menurun, 4 negeri lagi kekal

 

Jumlah mangsa banjir di Kelantan dilaporkan menurun manakala keadaan tidak berubah di Pahang, Terengganu, Johor dan Perak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bilangan mangsa banjir di Kelantan dilaporkan mencatatkan penurunan pagi ini manakala di Pahang, Terengganu, Johor dan Perak pula kekal.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan, berkata mangsa banjir di Pasir Mas yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) menurun daripada 1,814 orang dengan 565 keluarga kepada 1,882 mangsa daripada 593 keluarga malam tadi.

Daripada jumlah itu, 712 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong (34), SK Gual Periok (516), Masjid Mukim Padang Licin (57), PPS Putat Tujoh (142), SK Kubang Kual (189) dan SK Sri Kiambang (164).

Manakala di Pahang pula, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 141 orang daripada 36 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan daerah itu akan mengalami hujan sepanjang hari ini manakala Sungai Keratong di Rompin masih merekodkan bacaan melebihi paras bahaya dan Sungai Triang di Bera berada di paras amaran.

Sementara itu di Terengganu, SK Atas Tol di Kuala Terengganu dimaklumkan adalah satu-satunya PPS yang masih beroperasi ketika ini dengan menempatkan 20 orang mangsa daripada lima keluarga.

Di Johor pula, jumlah mangsa banjir kekal 91 orang daripada 21 keluarga berada di tiga PPS di Segamat iaitu Balai Raya Kampung (Kg) Batu Badak, Balai Raya Kg Kuala Paya serta Dewan Komuniti Kg Tasek dan tiga keluarga di PPS Kg Lubuk, Mersing setakat 8 pagi ini.

Tiga lokasi terjejas banjir di Segamat adalah di Kg Seberang Batu Badak, Kg Batu 5, Kg Kuala Paya dan satu lokasi di Mersing melibatkan Kg Lubuk.

Keadaan juga tidak berubah di Perak apabila hanya satu PPS sahaja dibuka iaitu PPS SK Sungai Tiang Darat pada pagi ini.

PPS itu menempatkan 15 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kg Sungai Belakang, Kg Sungai Tiang dan Kg Sungai Nipah Darat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.