PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai RM10,000 untuk keluarga mangsa korban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali.
Katanya, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 pula untuk ketua isi rumah mangsa terselamat.
“Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan itu kepada setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
“SUK Selangor akan menyalurkan bantuan itu terus kepada mangsa,” katanya ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian malam ini.
Rekod pendaftaran pengusaha menunjukkan terdapat 94 pengunjung di tiga tapak perkhemahan itu ketika tanah runtuh berlaku, dengan 61 daripadanya terselamat.
Angka korban mencecah 21 orang setakat ini, dengan operasi mencari 12 lagi mangsa hilang masih diteruskan di lokasi runtuhan di Jalan Batang Kali. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.