`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 29, 2022

Culik ejen kosmetik, peniaga mengaku tak salah

 

Chek Norhafizzi Chek Nor didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini kerana menculik. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang ejen produk kosmetik pada September.

Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas kerana menculik Rosnazirah Mohd Nain, 36.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dekat Tumpat pada 5.06 petang, 13 Sept.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar Adli, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Muhamad.

Terdahulu, Hajarul Falenna tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh membawa lari mangsa ke Thailand, namun Mohd Firdaus memohon mahkamah supaya membenarkan tertuduh dijamin kerana kes itu belum dibicarakan.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy tidak membenarkan Chek Norhafizzi diikat jamin kerana kes itu berisiko, membabitkan nyawa orang lain dan dilakukan secara berkumpulan, berkemungkinan dirancang.

“Jika diberi jaminan, kemungkinan tertuduh melarikan diri itu tinggi,” kata hakim.

Beliau kemudian menetapkan 20 Jan ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan penetapan tarikh bicara.

Rosnazirah sebelum ini dilapor dilarikan sekumpulan lelaki dengan sebuah kereta dan ada penduduk mendakwa melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui pada 13 Sept lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.