PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan mengugut membunuh suami sepupunya kerana tidak berpuas hati dituduh membuang sampah di kawasan rumah mangsa.
Menurut laporan Harian Metro, Kejadian itu berlaku di depan rumah mangsa di Kampung Nyabut Trombol, Jalan Telaga Air di Padawan, Sarawak kira-kira 9.30 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang tadi, susulan laporan yang dibuat sepupu suspek yang juga isteri mangsa.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang bersenjatakan kapak ke rumah sepupunya yang bekerja sebagai pembantu kesihatan dan mengugut membunuh suaminya.
Beliau berkata, suspek turut berteriak memanggil nama mangsa yang berada dalam rumah.
Tetapi, disebabkan bimbang sesuatu berlaku, mangsa tidak menyahut panggilan suspek dan hanya berdiam diri di dalam rumah.
Abang Zainal Abidin berkata, ibu bapa suspek turut berada di tempat kejadian untuk menenangkannya.
“Semasa suspek melibas kapak, bapanya cuba merampas kapak dari tangannya menyebabkan dia mengalami luka di bahagian tapak tangan.”
Katanya, mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius, mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak, manakala suspek direman empat hari mulai hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.