`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 17, 2022

Jamal tarik diri sebagai pemimpin MN, mahu kekal neutral

 

Jamal Abdillah berpendapat beliau akan lebih bebas bersuara sekiranya tidak menyertai mana-mana pihak berkepentingan dalam politik dan mahu kekal neutral. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penyanyi Jamal Abdillah mengumumkan menarik diri sebagai ahli dewan tertinggi Muafakat Nasional (MN) dengan alasan penyertaannya ke NGO itu bertentangan prinsipnya sebagai penghibur.

Beliau yang terkenal dengan lagu ‘Gadis Melayu’ mengakui ramai ahli keluarga, sahabat, dan peminat memintanya berbuat demikian.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin menarik diri.

“Ia berikutan saya merasakan politik tidak sesuai dengan prinsip saya sebagai penghibur yang menginginkan semua orang menyukai saya termasuk peminat yang juga berada dalam parti-parti politik,” katanya menurut Berita Harian.

Jamal berpendapat beliau akan lebih bebas bersuara sekiranya tidak menyertai mana-mana pihak berkepentingan dalam politik dan mahu kekal neutral.

Pada 15 Dis lalu, Pengerusi MN, Annuar Musa, mengumumkan barisan pemimpin NGO itu terdiri daripada bekas ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, pemimpin Bersatu Redzuan Yusof, Zuhdi Marsuki (PAS), Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) serta selebriti seperti Jamal dan pelakon Eizlan Yusoff.

Terdapat tiga pemimpin bukan Melayu dalam NGO itu ialah Chua Hock Kuan, Subash Chandrabose dan bekas Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.