`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 17, 2022

Dua kampung di Kubang Pasu diramal banjir pada Isnin

 

JPS berkata bencana diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan.

ALOR SETAR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan berlaku banjir di Kampung Bukit Berangan, Kampung Binjal dan kawasan sekitarnya di daerah Kubang Pasu bermula 12 tengah malam, Isnin ini.

Menerusi amaran banjir yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS pada 6 petang ini, jabatan berkenaan memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (buruk) oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada 1 tengah hari ini dan hasil simulasi model ramalan banjir.

Menurut JPS bencana itu diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa yang dijangkakan.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut orang ramai diminta melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.