`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 17, 2022

8 jajahan Kelantan, 6 daerah Terengganu diramal banjir esok

 

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir di lapan jajahan di Kelantan dan enam daerah di Terengganu mulai esok susulan hujan berterusan peringkat buruk dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

JPS menerusi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan memaklumkan di Kelantan, kawasan diramal banjir bermula 7 pagi esok adalah di Pasir Mas melibatkan Kampung Kubang Rambutan, Sungai Golok di Rantau Panjang dan sekitar, manakala di Tanah Merah pula Kg Nibong, Sungai Golok di Kampung Jenob serta sekitar.

Pada hari yang sama, jajahan Jeli di Sungai Lanas di Air Lanas dan kawasan sekitar serta di Pasir Mas membabitkan Kg Bendang Guchil, Kg Rantau Panjang Lubok dan kawasan sekitar turut diramal banjir pada 4 petang.

“Pada 19 Dis, mulai 12 tengah malam beberapa kawasan lagi turut diramal banjir di Pasir Mas iaitu Kg Kuala Itik, Kg Limau Purut, Kg Pengkalan Piah, Kg Pengkalan Telok dan kawasan sekitarnya, serta Kg Kedai Buloh, Kg Keladang, Jeti Kastam dan kawasan sekitarnya (Kota Bharu).

“Turut terjejas Kg Batu Jong, Kg Hujong Tanjong, Kg Pusu Tujoh, Kg Kuala Gris dan kawasan sekitarnya (Kuala Krai), Kg Kok Majid dan kawasan sekitarnya (Tumpat), Kg Riek dan kawasan sekitarnya (Gua Musang), Kg Pasir Panji dan kawasan sekitarnya (Tanah Merah), Kg Kerilla, Kg Paloh, Kg Hau dan kawasan sekitarnya (Machang),” katanya.

Menurut kenyataan itu, pada 12 tengah hari 19 Dis pula beberapa kawasan lagi turut diramal banjir iaitu Kg Kubang Bual, Kg Kenor, Taman Sri Guchil, Kg Bukit Chengat, Kg Banggol Guchil dan kawasan sekitarnya (Kuala Krai); Kubang Simpul, Kg Chabir dan kawasan sekitarnya (Tanah Merah); selain Kg Teluk Renjuna, Kg Pulau Seratus, Kg Lubok Kawah dan kawasan sekitarnya (Tumpat).

“Kg Tepi Sungai dan kawasan sekitarnya (Machang), Kg Lakat, Kampung Sireh dan kawasan sekitarnya (Kota Bharu), Kg Kelar, Kg Sakar, Air Mulih dan kawasan sekitarnya (Pasir Mas) serta Limau Kasturi dan kawasan sekitarnya (Gua Musang),” katanya.

Sementara itu, di Terengganu, beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, dan Kemaman dijangka dilanda banjir mulai esok berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.

Kawasan yang diramal banjir mulai pukul 2 pagi esok ialah Kg Pinang, Bukit Puteri, Kg Bekok, Kg Cegar Kubor, Jambatan Keruak, Kg Cawangan, dan Kg Nail di Besut.

Di Setiu pula melibatkan Kg Che Mohit, Kg Kubang Payu, Kampung Banggol Setar, Kg Pengkalan Merbau, Kg Tasik, Kg Permaisuri, Kg Besut, dan Kg Pepari; manakala di Hulu Terengganu kawasan terbabit ialah Kg Menerong, PPSK Menerong, Kg Pengkalan Ajal, Kg Pasir Pelata, Kg Tanjung Putat, Kg Lebak, Kg Pasir Simpul, Kg Tengkawang, Kg Kepah, dan Kg Baung.

Sementara di Dungun, kawasan diramal terjejas ialah Kg Shukor, Kg Dendang, Felda Jerangau, Kg Tepus, Kg Serdang, dan Kg Padang Pulut; manakala di Kemaman membabitkan Felda Cherul, Kg Binjai, Kg Cheneh, serta Kg Pasir Gajah.

Dalam pada itu, setakat 2 petang tadi seramai 23 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Atas Tol di Kuala Terengganu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.