`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, December 17, 2022

Dakwaan video tular cerun runtuh tidak benar, kata menteri

 

Menteri Alexander Nanta Linggi berkata video tular mendakwa berlaku runtuhan cerun di jalan Bukit Miku adalah tidak benar. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Video tular mendakwa berlaku runtuhan cerun di jalan Bukit Miku, Negeri Sembilan, adalah tidak benar, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sebaliknya, kejadian runtuhan jalan itu berlaku di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis dan ia dirakam pengguna jalan raya pada awal kejadian runtuhan.

Katanya, Jabatan Kerja Raya mengambil tindakan pantas pada 1 Dis lalu dengan menutup laluan jalan yang terjejas bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan dan untuk keselamatan pengguna.

“Laluan alternatif telah disediakan iaitu Jalan Ulu Keru-Air Mawang kepada pengguna jalan raya yang mahu ke Tampin atau Kuala Pilah,” kata Nanta di Facebook.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengguna yang prihatin dan berkongsi kejadian itu demi kebaikan serta keselamatan bersama, Nanta berkata kerja-kerja pembaikan jalan terbabit akan dimulakan pada Januari depan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.