`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, December 11, 2022

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

 

Sejumlah 154 keluarga menjadi mangsa banjir di Terengganu dengan Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda bencana berkenaan. (Gambar Bernama)

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 599 orang daripada 154 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 308 orang daripada 85 keluarga, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu dalam kenyataan, memaklumkan Kemaman menjadi daerah baharu dilanda bencana alam itu dengan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi.

“Di Kemaman PPS yang telah dibuka adalah Dewan Abdul Rahman Limbong menempatkan 235 mangsa daripada 51 keluarga; Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik seramai 28 mangsa daripada sembilan keluarga; manakala SK Kampung Baru Kerteh seramai 21 mangsa daripada lapan keluarga,” menurut kenyataan itu.

Di Kuala Nerus, 133 mangsa daripada 33 keluarga ditempatkan di SK Tok Jembal dan 76 mangsa (19 keluarga) kini berada di SK Bukit Nanas, manakala di Kuala Terengganu 44 mangsa (14 keluarga) ditempatkan di SK Atas Tol manakala 16 mangsa (enam keluarga) di SK Chendering.

Tiga PPS masih beroperasi di Setiu iaitu SK Kampung Seri Kasar menempatkan 25 mangsa (tujuh keluarga); Balairaya Kampung Bukit Nenas dengan 13 mangsa (empat keluarga) dan Surau Mak Bakas seramai lapan mangsa (tiga keluarga). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.