`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 11, 2022

Paras air lepasi tahap bahaya di 3 negeri

 

Tiga stesen JPS di Pahang, Kelantan dan Johor menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tiga stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pahang, Johor dan Kelantan menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.

Situasi itu berdasarkan data dikongsi JPS melalui laman sesawang rasmi publicinfobanjir.water.gov.my, setakat 10 pagi tadi.

Di Pahang, paras air melebihi tahap bahaya di stesen Sungai Lipis di Batu Malim, Raub, manakala di Johor melibatkan stesen di Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat, dan di Kelantan di stesen Rantau Panjang, Pasir Mas.

Amaran dan ramalan banjir terkini serta maklumat kenaikan aras sungai serta kadar lebat hujan boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi berkenaan atau akaun twitter Public Infobanjir.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berasingan mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di seluruh negara selama tiga hari bermula hari ini hingga Selasa.

MetMalaysia memaklumkan ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu yang hanya mengalami hujan.

Pada sebelah malam, hujan dijangka berlaku di seluruh Semenanjung, Sabah (di Pantai Barat dan Kudat) dan Sarawak (kecuali Miri dan Limbang), manakala ribut petir diramal di Sabah melibatkan Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Labuan.

Ribut petir juga diramalkan berlaku pagi esok di Labuan dan Tawau, Sabah, manakala hujan diramalkan di seluruh negara kecuali Perlis, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah (Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang).

Petang esok, ribut petir diramal melanda seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, manakala di Pahang diramalkan hanya hujan.

Pada malam esok pula, hujan dijangka melanda seluruh negara kecuali Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu) serta Sabah (Tawau dan Kudat).

Pada Selasa, MetMalaysia menjangkakan hujan pada sebelah pagi di Labuan, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, manakala pada sebelah petang ribut petir dijangka di seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah (Kudat).

Hujan turut diramal pada waktu malam di Semenanjung kecuali Perlis, Sarawak dan beberapa kawasan di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat) dan Labuan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.