`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, December 13, 2022

Terjun sungai elak polis, lelaki ditemui lemas

 

Anggota bomba menggunakan bot penyelamat dan pencangkuk besi untuk mencari dan menyelamat lelaki berusia 45 tahun itu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kedah bagi mengelak ditahan polis kira-kira 1 tengah hari tadi ditemui lemas di sungai berkenaan petang ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui pada 3.34 petang hasil operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Beliau berkata mayat ditemukan kira-kira 44m dari tebing sungai sedalam 1m.

“Maklumat awal yang diterima melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) pada 1.07 tengah hari, terdapat dua lelaki dikhuatiri lemas di sungai namun seorang daripada lelaki itu berjaya diselamatkan,” katanya menurut laporan Bernama.

Menurut Sayani anggota bomba menggunakan bot penyelamat dan pencangkuk besi untuk mencari dan menyelamat.

Katanya kematian lelaki itu disahkan petugas Kementerian Kesihatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Ahmad Shukri Mat Akhir berkata mangsa dipercayai seorang daripada tiga individu disyaki pengedar dadah yang cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai tersebut bagi mengelak ditahan polis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.