`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 12, 2023

Anak Zahid dakwa belum kalah pemilihan bahagian, wujud pelanggaran etika

 

Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa kesalahan itu sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan Umno.

PETALING JAYA: Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa wujud pelanggaran etika iaitu pengaruh tidak wajar dalam pemilihan ketua Wanita Umno Bagan Datuk yang menyaksikan beliau tewas.

Anak kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, kesalahan membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan Umno 2023, sambil menyertakan tangkap layar perbualan di WhatsApp untuk menyokong dakwaannya.

Ia mengandungi ayat berbentuk arahan, meminta supaya perwakilan menyokong penyandangnya Zarozatin Isa.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.

“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan Umno,” katanya di Facebook.

Jumlah 268 itu merujuk kepada perwakilan layak mengundi untuk pemilihan Wanita Umno Bagan Datuk.

Pada pemilihan itu, Nurulhidayah tewas kepada Zarozatin. Namun beliau menang kerusi exco Wanita Umno pusat.

Umno Bagan Datuk diterajui Zahid yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.