PETALING JAYA: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditahan kerana membelasah adik perempuannya yang enggan menemaninya ke kedai, Khamis lalu.
Kejadian berlaku di rumah adik-beradik itu di Taman Cahaya, Ampang Jaya pada 3 petang, apabila lelaki pekak dan bisu itu mengajak mangsa berusia 20 tahun menemaninya membeli barang di kedai.
Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata suspek tiba-tiba pergi ke arah mangsa yang sedang baring dan memijak paha kanan, bahu kanan serta menumbuk kepala pekerja khidmat pelanggan itu berkali-kali tanpa henti.
Katanya, suspek berusia 31 tahun yang tidak bekerja ditahan di rumah pada 10.30 malam Khamis lalu, selepas mangsa membuat laporan polis dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Ampang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya menurut Harian Metro. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.