`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 12, 2023

Pelatih guru maut direnjat elektrik ketika bersih sekolah banjir

 

Polis berkata mangsa rebah selepas terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat penyembur air untuk membersihkan kerusi meja murid. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelatih guru maut terkena renjatan elektrik ketika membantu membersihkan sebuah sekolah di Johor yang terjejas akibat banjir.

Dalam kejadian 9.50 pagi tadi, pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) kampus bahasa antarabangsa Kuala Lumpur, Saiful Asraf Mukhtar, 21, dikatakan berada di luar bilik makmal komputer untuk membersihkan kerusi meja di Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat.

Difahamkan, ini kali kedua mangsa berasal dari Sabah itu membantu misi pasca banjir di Segamat tahun ini.

Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa ke sekolah itu bersama sekumpulan pelatih IPG bagi membantu kerja pembersihan pasca banjir.

“Sebelum kejadian, mangsa sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ untuk membersihkan kerusi meja murid.

“Tiba-tiba berlaku renjatan dan mangsa rebah,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, beberapa rakan mangsa sempat memberikan bantuan pernafasan.

Katanya, mangsa yang cedera di bahagian kepala dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan kematian mengejut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.