`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 11, 2023

Azam sahkan Muhyiddin didakwa lagi pada Isnin

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata Muhyiddin Yassin akan dituduh lagi mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

PETALING JAYA: Muhyiddin Yassin sekali lagi akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA), berkait projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, berkata pertuduhan di bawah AMLATFPUAA terhadap pengerusi pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan dikenakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

“Muhyiddin akan dituduh di bawah AMLATFPUAA di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin ini,” katanya menurut Sinar Harian.

Azam berkata, mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, berkata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu akan dikenakan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa pada Isnin, di Mahkamah Shah Alam.

Bercakap kepada penyokong PN) di luar bangunan Mahkamah Kuala Lumpur, semalam, Faizal mengajak mereka hadir sekali lagi pada Isnin untuk memberikan sokongan kepada Muhyiddin.

“Saya dapat perkhabaran juga, satu lagi pertuduhan akan dibuat pada Isnin di Mahkamah Shah Alam,” katanya.

Semalam, bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat tuduhan salah guna kuasa berkait program Jana Wibawa, mendapatkan RM232.5 juta untuk partinya, Bersatu, serta dua tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM195 juta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.