`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 27, 2023

Kelantan, Terengganu mahu royalti, bukan wang ehsan, kata pemimpin PAS

 

Ahmad Fadhli Shaari (tengah) bergambar dengan mahasiswa selepas melancarkan Tabung Makanan Mahasiswa Nasional di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat PAS menuntut Putrajaya membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu, bukannya merangka semula dasar serta skop penggunaan wang ehsan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tiada dasar tetap dalam pemberian wang ehsan sebelum ini kerana ia berubah setiap kali kerajaan persekutuan bertukar tangan.

“Wang ehsan tidak pernah ada dasar, yang kita nak ialah royalti yang termaktub dalam perjanjian. Jadi, saya tak tahu apa yang dimaksudkan merangka semula polisi wang ehsan sebab ia tak pernah ada dasar, ia hanya berubah apabila kerajaan bertukar.

“Kita minta kerajaan kekal dengan pendirian memberi royalti sepertimana termaktub dalam perjanjian,” kata ketua Pemuda PAS itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kementerian Kewangan sedang merangka semula dasar dan skop penggunaan wang ehsan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu, Fadhli menghadiri Majlis Pelancaran Tabung Makanan Mahasiswa Nasional anjuran Siswa PAS dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dalam usaha membantu mahasiswa di universiti seluruh negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.