MELAKA: Kemenangan Adun Paya Rumput, Rais Yasin sebagai ketua Umno Bahagian Tangga Batu pada pemilihan parti 18 Mac lalu dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno.
Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu, Abdul Latip Mohamad berkata, beliau menerima pemakluman itu dalam surat dari Umno Pusat menerusi aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang tadi.
Beliau berkata, surat itu memaklumkan berlaku ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan Umno bahagian itu baru-baru ini.
“Surat itu memaklumkan setelah penelitian dibuat terhadap pemilihan berkenaan, Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno membuat keputusan dan ketetapan bahawa pemilihan bagi jawatan ketua Umno Bahagian Tangga Batu tidak sah.
“Sehubungan itu, Umno Bahagian Tangga Batu perlu membuat pemilihan semula bagi jawatan ketua Umno bahagian saja,” katanya ketika dihubungi.
Pada pemilihan itu, Rais menewaskan penyandang, Mohamad Ali Mohamad dengan hanya empat undi, selepas meraih 282 undi.
Rais turut dilantik timbalan ketua Umno Melaka oleh Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.