`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 23, 2023

Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS

 

Unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, meneruskan aliran meningkat bagi hari keempat berturut-turut selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) membayangkan pendekatan monetari lebih longgar pada masa depan.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.4160/4200 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4530/4580 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sekiranya dolar AS tidak melepasi paras sokongan RM4.4099 ketika ini, paras ketahanan seterusnya dijangkakan pada RM4.3297.

Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Rabu tetapi membayangkan dalam satu kenyataan bahawa kenaikan kadarnya menghampiri fasa akhir.

Afzanizam berkata kenyataan Fed itu ada menyebut akan keadaan mudah tunai terhad yang akan menjejaskan isi rumah dan perniagaan.

“Fed memaklumkan tentang tekanan dalam sistem perbankan AS dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada isi rumah dan perniagaan apabila keadaan mudah tunai menjadi semakin terhad.

“Saya fikir ura-ura kemungkinan Fed akan melonggarkan dasar monetarinya akan memberi rangsangan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus jatuh kepada 101.98 mata daripada paras penutup 102.346 mata semalam dan semua mata wang utama mencatatkan aliran yang sama, meningkat berbanding dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding Euro kepada 4.8055/8098 daripada paras penutup 4.8026/8080 pada Rabu dan susut berbanding Yen kepada 3.3679/3712 daripada 3.3592/3633. Bagaimanapun ia meningkat berbanding Pound kepada 5.4379/4428 daripada 5.4696/4758.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.

Unit tempatan mengukuh berbanding rupiah kepada 287.70/288.10 daripada 290.10/290.60, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3278/3313 daripada 3.3363/3406, dan naik berbanding peso kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding Baht kepada 12.9562/9741 daripada 12.9297/9506 sebelumnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.