`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 27, 2023

SOALAN BAGI SDRA SHAHBUDINDOTCOM

Yang berikut (sila klik di sini) adalah analisa oleh sahabat lama saya sdra Shahbudin berkenaan misteri lawatan ke Arab Saudi itu.


Bagi saya soalan yang harus ditanya oleh sdra Shahbudin ialah apakah kerajaan Arab Saudi pernah memanjangkan jemputan rasmi berkenaan lawatan penuh kontroversi ini?

Setelah membaca analisa oleh sdra Shahbudin saya masih ragu jika kerajaan Arab Saudi terlibat langsung dalam kontroversi ini. Maksudnya mereka tidak bersedia menerima lawatan tetamu asing sebab mereka tidak pernah membuat jemputan rasmi pun.

Yang latest saya terima adalah gambar berikut yang bertanya di mana bendera negara kita? Daripada susunan karya dan watak dalam gambar ini (termasuk gambar Raja Arab Saudi dan Putera Mahkotanya) lokasinya adalah di  Arab Saudi  juga.



 

Ikut protokol sewaktu lawatan rasmi oleh tetamu asing bendera kedua negara (tetamu dan tuan rumah) akan dikibarkan sewaktu sebarang perjumpaan atau mesyuarat rasmi. Tetapi jika  bendera tamu asing tidak dikibarkan maksudnya boleh diertikan bahawa ini bukanlah lawatan rasmi ataupun lawatan berekoran daripada jemputan rasmi oleh tuan rumah.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.