`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 17, 2023

Pembangkang masih enggan runding projek untuk rakyat, kata PM

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta timbalannya berbincang dengan Ahli Parlimen pembangkang mengenai projek berkepentingan rakyat, namun tiada sebarang perjumpaan diadakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pembangkang masih enggan mengadakan rundingan bersama kerajaan bagi meneruskan projek berkepentingan rakyat di kawasan mereka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Katanya, walaupun beliau sudah meminta Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berbincang dengan Ahli Parlimen pembangkang, namun tiada sebarang perjumpaan diadakan.

Anwar berkata, beliau bersedia meluluskan segera projek di kawasan pembangkang, namun perlu melalui proses rundingan.

Ads by Kiosked

“Tetapi, sampai sekarang pihak pembangkang enggan mengadakan perundingan. Terus kecam kata kita tidak bagi kelulusan, (kita) zalim,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Konvensyen Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani.

Sementara itu, perdana menteri memberikan tempoh seminggu kepada setiap pejabat daerah bagi menghantar senarai projek berkepentingan di daerah masing-masing agar pembangunan dapat dipercepat.

“Kalau projek itu memang penting dan prosesnya telus, termasuk dalam soal lantikan kontraktor munasabah, maka kita boleh teruskan. Saya bimbang kalau ada projek pembangunan yang terabai begitu lama. Pendekatan kita adalah untuk kurangkan masalah rakyat,” katanya.

“Malah, saya nak beri jaminan kepada para pegawai daerah, jangan bimbang kalau dari segi teknikal ada kelemahan. Saya beritahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jangan ganggu, kerana yang kita harus ganggu adalah yang ‘merompak’,” katanya.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan juga akan memastikan pembangunan itu dijalankan tanpa prejudis termasuk di kawasan diwakili pembangkang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.