`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 17, 2023

PH, BN guna logo sendiri pada PRN Kelantan, kata Nik Nazmi

 

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memilih menggunakan logo masing-masing menjelang PRN Kelantan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memilih menggunakan logo masing-masing menjelang PRN Kelantan, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang juga ketua PKR Terengganu dan Kelantan, berkata kedua-dua gabungan bersetuju menggunakan logo masing-masing, selain mengesahkan tidak berlaku pertembungan antara dua parti berkenaan.

Katanya, namun penggunaan logo bagi PRN Terengganu belum diputuskan.

Ads by Kiosked

“Setakat ini, isu logo masih dalam perbincangan untuk PRN Terengganu. Di Kelantan, kita akan pakai logo PH, BN pakai logo mereka,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas melawat Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna, Tumpat.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, agihan kerusi di Kelantan sudah selesai.

“Soal pengagihan kerusi agak cepat dapat diselesaikan dan kita kini berada dalam mood yang sangat positif,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, pembahagian kerusi PRN Kelantan memutuskan 14 kerusi ditandingi PH dan 31 kerusi diserahkan kepada BN.

Ketua Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman, dilaporkan berkata, pengagihan kerusi itu dibuat menerusi satu mesyuarat dan setakat ini, uruskan berkaitan perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.