`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 25, 2023

Seorang tentera udara maut, 2 jurulatih cedera ketika latihan menembak

 

Tentera udara memaklumkan mangsa maut merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan.

SEREMBAN: Tentera udara mengesahkan seorang anggotanya maut, manakala dua jurulatih cedera ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas tengah hari tadi.

Dalam kenyataan memaklumkan, insiden pada 12.10 tengah hari itu telah mengakibatkan mangsa, yang merupakan penuntut kursus peningkatan pembantu pertahanan kelas 1 Siri 78/23, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua jurulatih yang mengalami kecederaan itu pula diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat.

“Pihak tentera udara telah menghubungi waris anggota yang terlibat dan menyerahkan kes kepada polis untuk menjalankan siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut, tentera udara akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Justeru, tentera udara menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai serta menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat.

Katanya, maklumat perkembangan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.