Paras empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan empangan di Johor ketika ini berada pada paras memuaskan, melebihi 80%.
“Namun, beberapa empangan bekalan air di utara telah menunjukkan trend penurunan paras simpanan dan berada di paras berjaga-jaga dan buat waktu ini, paras empangan untuk bekalan air belum mencapai paras kritikal,” katanya dalam kenyataan.
Menurut kenyataan, meskipun bekalan air masih terkawal di kebanyakan negeri bagaimanapun pihaknya tidak menolak sebarang potensi gangguan sekiranya trend penurunan direkodkan secara berterusan untuk minggu mendatang.
“SPAN menjangkakan bahawa permintaan bekalan air akan bertambah di antara 10% ke 15% daripada pengeluaran semasa menjelang musim perayaan khususnya di negeri-negeri wilayah utara, timur, dan selatan kecuali bandar-bandar utama seperti Lembah Klang, Georgetown dan Johor Bahru yang dijangka akan menurun,” katanya.
Justeru, SPAN mengingatkan pengguna untuk menggunakan air secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran secara tidak langsung dapat menjamin bekalan berterusan di premis kediaman masing-masing. -FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.