`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 26, 2012

100 jam mogok lapar bermula jam 8 malam 27/12/2012 di Dataran Merdeka. Kunjungilah untuk menyokong


many-colours-one-dream
526049_511131725586938_1567474000_n
OBJEKTIF :
1.) Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang projek-projek yang mengancam alam sekitar dan kehidupan rakyat Malaysia seperti kilang nadir bumi Lynas, lombong emas cyanide Bukit Koman, projek Rapid di Pengerang, pembinaan empangan-empangan di Sarawak (Baram, Murum, dll), projek laluan kabel kuasa tinggi Rawang, dll.
2.) Menggesa agar pihak berkuasa menguruskan projek- projek yang berkontroversi dengan lebih bertanggungjawab serta mendapat persetujuan penduduk setempat dan orang ramai sebelum meluluskan projek berkenaan. Pihak berkuasa juga harus bersikap terbuka dan membuktikan kepada orang ramai melalui kaedah yang saintifik bahawa segala projek yang diluluskan adalah selamat dan tidak akan mengancam alam sekitar.
TUNTUTAN
1.) Kami meminta supaya lesen operasi sementara(TOL) Lynas ditarik balik dengan segera memandangkan terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan bahawa projek ini akan membinasakan alam sekitar dan mengancam kesihatan penduduk yang tinggal di sekitarnya. Selain itu, terdapat bukti bahawa berlakunya penyelewengan dalam proses pengeluaran lesen kepada pihak Lynas dan kami menegaskan bahawa lesen operasi sementara Lynas mesti digantung sehingga segala pembicaraan di makamah selesai.
2.) Kami menuntut supaya pihak Lynas mesti menyediakan Kajian Kesan Alam Sekitar Terperinci (DEIA), dan laporan kajian tersebut harus didedahkan secara telus kepada orang awam sebelum pengeluarkan semula lesen operasi sementara.
521488_10151232908163141_1385820207_nJika anda ingin menyertai mogok ini atau memerlukan butir-butir lanjutan, sila klikkan poster ini.
- The People's Parliament

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.