Pendedahan Deepak: Najib Rasuah PI Bala Melalui Adiknya Nazim Razak
Pengakuan Deepak Jaikishan telah memasuki fasa yang cukup untuk bukan sahaja mampu mengheret Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, bersama isterinya Rosmah Mansur dan juga adiknya Nazim Razak ke kandang mahkamah, malah turut mampu membawa pesalah ke tali gantung bersabit kes pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia Altantuya Shaaribu.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini mendesak kes pembunuhan Altantuya dibuka semula ekoran daripada pendedahan Deepak yang mengakui pengakuan bersumpah kedua PI Balasubramaniam jatuh tidak sah dan pengakuan bersumpah pertama yang membabitkan nama Najib Razak harus digunapakai oleh mahkamah.
Deepak juga mengaku membantu keluarga Najib Razak dalam satu misi pertemuan Najib dan PI Bala, namun akhirnya Najib menghantar wakil.
Deepak yang muncul dalam wawancara media baru-baru ini mensahihkan pembatalan pengakuan pertama PI Bala adalah atas permintaan Najib Razak dengan bayaran tertentu kepada PI Bala melalui pertemuan dengan adik Najib sebagai wakilnya iaitu Nazim Razak. Apakah bayaran rasuah ini dipakejkan sekali dengan sebarang 'ugutan' sehingga membuatkan PI Bala menukar pengakuan bersumpahnya?
Akhirnya PI Bala hadir dengan pengakuan bersumpah kedua, kerana tiada pilihan terpaksa akur dengan kemahuan Najib Razak dan seterusnya menghilangkan diri mungkin kerana ugutan yang keras ke atas beliau.
Sebagai rakyat Malaysia, SAMM melihat kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri wajib dinilai semula di atas keterlibatan Najib dalam pelbagai skandal sentiasa cuba disorokkan dengan pelbagai cara. SAMM tidak mahu negara ini dikuasai oleh penjenayah yang dihalalkan melalui cengkaman kuku-besinya. Rakyat yang celik maklumat tidak harus berdiam diri dalam menghadami kes jenayah profile tertinggi yang melibatkan seorang Perdana Menteri, kaum keluarganya dan sahabat se'parti'nya.
Perkembangan terbaru ini memberi petunjuk bahawa Najib Razak telah memberi rasuah kepada PI Bala melalui adiknya sendiri. Apakah tiada tindakkan dari SPRM dan pihak berkuasa yang lain hanya kerana Najib seorang Perdana Menteri?
SAMM yang sudah berkali-kali membuat laporan dalam pelbagai isu dan skandal berkaitan, percaya bahawa tidak akan ada sebarang tindakkan yang akan dikenakan malah kertas siasatan juga tidak dibuka sekiranya laporan dibuat.
Razak, Scorpene dan Altantuya
Ketika skandal rasuah melibatkan pembelian scorpene yang turut terpalit nama Najib Razak dan Razak Baginda masih belum muktamad, kini negara tertumpu kepada persoalan yang lebih besar iaitu apakah benar Najib tidak mengenali Altantuya?
Jika pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama dijadikan rujukan mahkamah kelak sudah pasti 2 Razak iaitu Najib Razak dan Razak Baginda tidak akan terlepas dari dipanggil oleh mahkamah. Motif pembunuhan Altantuya akan akhirnya terjawab.
Bagi mencerahkan orang ramai dalam isu Scorpene dan keterlibatan Altantuya, buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ yang ditulis dan diterbit sendiri oleh SAMM sedang dalam proses akhir penyiapannya dan buku 'panas' ini dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat.
Dengan perkembangan dashat ini juga, SAMM sekali lagi mendesak supaya kes pembunuhan Altantuya Shaaribu dibuka semula malah SAMM juga mengajak orang ramai tampil memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya Perdana Menteri sedia ada dipangku oleh individu yang tidak terpalit apa jua isu dan skandal. Mekanisma pemilihan Perdana Menteri juga harus diteliti semula jangan sampai ketikanya penjenayah dilantik menerajui Malaysia.
Najib Razak harus tampil menjawab semua telahan serius ke atasnya, bukan hanya berdiam diri menyorok di belakang isteri dan jangan pula bersikap 'buang tabiat' dengan menerbitkan memoir atau biografi khas kononnya untuk menjawab segala tohmahan. Rakyat jelak dengan kebisuan melampau yang seharusnya menjejaskan nama baik negara.
Akhir sekali, SAMM tidak jemu untuk menyeru orang ramai menolak Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang semakin menjelang. Hanya dengan menumbangkan BN maka kita semua bakal menyaksikan kesudahan kes jenayah terbesar tanahair yang melibatkan rasuah dan pembunuhan.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.