`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 15, 2012

RM20juta nak ROAD TO LONDON last apa pon tarak...!!!!



"RM 20 JUTA ROAD TO LONDON ATAU ROAD TO...?" - KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

30 Muharam 1434 bersamaan 14 Disember 2012

Umum mengetahui bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengakui bahawa projek sukan berprestasi tinggi Road To London untuk membawa pulang emas pertama negara dari sukan temasya Olimpik 2012 telah gagal. Dari 28 atlet yang bertanding, kontinjen negara hanya membawa pulang pingat gangsa dan perak di dalam acara badminton dan terjun.

Menteri bertanggungjawab Dato Seri Ahmad Shabery Cheek telah berjanji untuk segera mempersembahkan laporan penuh termasuk perbelanjaan peruntukan RM 20 juta kepada tatapan umum. Namun demikian dalam satu keputusan "flip flop" yang begitu sinonim dengan era pentadbiran Najib, Pengarah MSN Dato' Zolkples Embong mengumumkan baru-baru ini bahawa laporan tersebut tidak akan dibentangkan untuk santapan umum.

Sekilas pandang, ianya menampilkan situasi yang cukup janggal apabila kenyataan seorang Menteri telah dinafikan oleh orang bawahan beliau sendiri.


Yang lebih penting, ianya turut menjurus kepada persoalan utama adakah KBS kini menklasifikasi laporan projek itu sebagai dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) apabila ianya tidak dibentangkan kepada umum? Apakah yang ingin disembunyikan oleh Menteri dan KBS?

Sekira itu keadaannya, aspek kerahsiaan laporan projek Road To London bernilai RM 20 juta tersebut kini berada pada kelas kerahsiaan yang setara dengan penganugerahan projek LRT kepada George Kent bernilai RM 1.1 billion, penyalahgunaan dana awam RM 250 juta projek NFC dan wang komisyen RM 600 juta dalam projek kapal selam Scorpene yang semuanya kini di"kunci" atas alasan rahsia rasmi kerajaan.

Keputusan ini menjadi satu lagi bukti ketidakseriusan kerajaan mengambil pertanggungjawaban dalam soal janji yang telah dibuatnya. Ironinya, ianya turut menimbulkan kelucuan kerana KBS tanpa sebarang alasan munasabah telah mencipta kontroversi dari isu yang sebegini mudah.

Kita juga tidak bersetuju dengan kenyataan berulangkali orang-orang penting KBS yang mengganggap jumlah RM 20 juta sebagai kecil. Hakikatnya negara seperti Ethopia (3 pingat emas, 7 pingat keseluruhannya) yang jelas tidak mempunyai wewenang seperti Malaysia masih mampu mwmbawa pulang pingat secara konsisten. Apa yang penting bukanlah jumlah tetapi kebijakan di dalam perbelanjaan.

Kita berharap Pesuruhjaya Sukan selaku arbiter bebas akan membetulkan keadaan ini dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menekan pihak berwajib membentangkan laporan penuh Road To London demi kepentingan awam khususnya apabila kini pihak Kementerian kelihatannya cuba menyembunyikan sesuatu.

Pada masa yang sama kita ingin mengajak semua pihak - para penulis dan peminat sukan, individu dan komuniti sivil yang cakna dengan perbelanjaan kerajaan untuk menggunakan ruang sedia; artikel, surat dan media baru bagi mendesak KBS supaya telus di dalam membincangkan projek Road To London.

Dengan tambahan peruntukan sebanyak RM 50 juta bagi projek Road To Rio di dalam Bajet 2013, masyarakat perlu tahu di manakah kesilapan kita di dalam Olimpik 2012 agar kesilapan itu tidak diulangi di dalam persediaan kita menghadapi sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro kelak. Sukan untuk semua. Majulah sukan untuk negara.

Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.