`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 11, 2012

Datuk Seri Liow Tiong Lai akan berjaya kurangkan undi UMNO! hahaha!



Memiliki Rokok Seludup Akan Menjadi Satu Kesalahan Tidak Lama Lagi – Liow
PUTRAJAYA: Memiliki rokok seludup tidak lama lagi akan menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman, apabila Kementerian Kesihatan menerima pakai pindaan baru untuk Peraturan Kawalan Produk Tembakau.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya kini sedang memuktamadkan pindaan yang dicadangkan, walaupun beliau tidak mengulas lanjut mengenai jenis penalti yang boleh dihadapi perokok ingkar.
“Sebagai sebahagian keperluan Kerajaan, kita perlu melibatkan orang ramai dan mendapatkan maklum balas mereka terlebih dahulu, tetapi kami menyasarkan untuk melaksanakannya menjelang suku pertama tahun depan,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin, selepas menyaksikan majlis menandatangani usahasama antara syarikat China dan Malaysia dalam bidang pembuatan produk ortopedik.
Liow berkata kerajaan perlu menetapkan peraturan-peraturan yang lebih tegas untuk mengawal kadar rokok seludup yang tinggi di negara ini.
Beliau dipetik dalam laporan sebelum ini sebagai berkata bahawa rokok seludup menyumbang lebih 30 peratus daripada pengedaran rokok di seluruh negara dan menimbulkan bahaya kesihatan yang lebih tinggi disebabkan oleh kekurangan kawalan kandungan tar dan nikotin.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Bawah ni rokok utama penyokong tegar UMNO di FELDA dan kampung!

P/S: aku sokong Datuk Seri Liow Tiong Lai! wakaka!
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.