`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 20, 2012

Soalan nya ialah apa untung nya Melayu jika UMNO tewas, bukan apa rugi nya mereka kalau UMNO tewas



Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.

Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.

Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh UMNO hanya perlu bertanya- adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah UMNO? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika UMNO tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh UMNO dan ditakutkan oleh UMNO supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.

Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini- kita tetap Melayu- yang cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini- berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih- yang penting kita hendak lawan UMNO. UMNO yang bersenapang ajak kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi apa yang tinggal dalam UMNO? Half past six punya orang.

Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari Melayu dalam UMNO. Orang UMNO tidak perlu cakap besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang kamu.

Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika UMNO kalah apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh UMNO. Dalam pada jaga itulah pemimpin UMNO ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.

Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting- boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan UMNO. UMNO tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak UMNO.

Kalau UMNO utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau UMNO utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau UMNO sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan kejahatan  dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. UMNO biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut UMNO, maka masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? UMNO!

Orang UMNO selalu bertanya- bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau UMNO kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika UMNO kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat?  Apa kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau UMNO kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau tidak.

Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau UMNO kalah. UMNO bukan Tuhan yang dipuja oleh penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau UMNO tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.

Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh UMNO dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.

Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah UMNO- pemimpin UMNO sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 47% dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70% adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh UMNO?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.