`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 20, 2012

Wajah Samseng Umno Terlibat Rusuhan Berdarah Tersebar..



KUALA LUMPUR 20 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kelewatan polis bertindak ke atas samseng yang menyerang penyokong Pakatan Rakyat pada ceramah di Gombak 4 Disember lalu, meskipun identiti samseng Umno berkenaan tersebar di internet.

Wajah samseng yang bertopi keledar itu dirakam dalam sebuah video dari saksi kejadian, dipercayai individu sama yang menikam penyokong Pakatan ketika provokasi berlaku.

Video tersebut juga tersebar di internet dan dengan jelas memaparkan wajah lelaki tersebut.

“Saya gesa polis bertindak profesional. Kalau serangan melibatkan pemimpin Umno, pastinya tindakan segera dan serius diambil,” kata Amiruddin yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak.

“Tapi bila isu melibatkan pemimpin Pakatan, dengan segera akan dipanggil ke balai polis,” katanya ketika dihubungi.

“Justeru kita minta polis bertindak adil, tanpa mengira pemimpin Umno atau Pakatan kerana kami juga rakyat Malaysia,” sinisnya.

Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara itu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka.

Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir.

Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu. ~sinar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.