Mukhriz
Mukhriz melihat tempat duduknya di Dewan Persidangan Dun yang sebelum ini diduduki Azizan.
 
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir diharapkan supaya memberikan tumpuan kepada pembangunan pendidikan di Kedah.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menasihatkan Mukhriz supaya memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba setelah mengambil alih pentadbiran negeri.

Dalam masa sama, Azizan mengakui Insaniah mengalami kekangan kewangan dan berharap kerajaan negeri yang baru ini dapat membangunkan kolej universiti itu setaraf universiti lain kerana ia menjadi pilihan pelajar antarabangsa.

Beliau turut meminta supaya projek Maahad Tahfiz Sains Pulau Tuba diteruskan berikutan bajet bagi projek berkenaan sudah diluluskan.

“Buatlah kerja elok-elok. Harap dapat bagi perhatian kepada pembangunan Insaniah dan Maahad Tahfiz sehingga berjaya,” katanya. Azizan berkata demikian ketika diziarahi Mukhriz di Kedah Medical Centre (KMC).