`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 9, 2013

BUMBURING TEWAS GARA-GARA POLITIK WANG?





KOTA KINABALU: Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada selasa mendakwa bahawa jumlah wang yang banyak diagehkan kepada penduduk di kawasan DUN Sulaman pada hari menjelang pengundian, mengakibatkan Presidennya, calon PKR untuk kerusi parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing, dikalahkan oleh BN.

"Kami menerima laporan tentang jumlah wang yang banyak diagehkan kepada pengundi di kawasan Sulaman di bawah kawasan Parlimen Tuaran pada hari sebelum hari mengundi.
"Oleh sebab itu, saya kalah kerusi parlimen Tuaran walaupun saya menang (dari segi jumlah undi) di Kiulu dan Tamparuli," katanya.

Beliau berkata, hakikatnya adalah keputusan pilihan raya umum yang baru tamat itu bertentangan dengan suasana pilihan raya kebanyakan rakyat yang menyuarakan sentimen mereka untuk perubahan.

Beliau berkata malangnya sentimen perubahan itu di atasi oleh jumlah wang yang banyak dan diagehkan pada hari sebelum pilihan raya.

Beliau meraih 15,495 undi berbanding 20,685 undi yang dicapai oleh Datuk Madius Tangau (BN-Upko) di kerusi parlimen Tuaran.

Bagaimanapun, Bumburing memenangi kerusi negeri Tamparuli selepas memperoleh 6,862 undi berbanding 6,476 undi Datuk Jahid Jahim (BN-PBS).

Beliau juga mendakwa manipulasi sebilangan besar pendatang tanpa izin yang diberikan MyKad di bawah Projek IC adalah antara halangan utama bagi calon pembangkang, termasuk dirinya.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Tuaran itu, bersumpah untuk meneruskan agenda perubahan itu di samping berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan bagi setiap rakyat Malaysia.

"Saya juga akan terus bekerja rapat dengan komponen lain Pakatan Rakyat untuk memastikan kepentingan rakyat diperjuangkan dengan apa cara sekalipun," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyuruh kerajaan Barisan Nasional menjalankan dan melaksanakan kewajiban moral mereka untuk memenuhi janjinya kepada rakyat seperti dikemukakan dalam manifesto BN.

Beliau berkata semua wakil rakyat Pakatan untuk kedua-dua dewan parlimen dan dewan undangan negeri, akan bekerjasama untuk mengaudit dari masa ke masa, pencapaian semua wakil rakyat BN.

"Kami juga mahu melihat penerusan tugas yang diberikan kepada RCI terhadap pendatang tanpa izin dengan MyKad termasuk mereka yang mendaftar sebagai pengundi," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.